
TANJUNG PIAI– Sudah beberapa hari kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, suasana politik dilihat semakin dinamik dengan momentum sokongan rakyat dilapor mula beralih arah ke arah Barisan Nasional (BN).
Ketua Penerangan UMNO Cawangan Presint Jasa, Dr. Azam Rauzan, berkata hasil tinjauan beliau di beberapa Dewan Undangan Negeri (DUN) seperti DUN Kota Iskandar, Lakin, Tiram, Kukup, dan Tanjung Piai menunjukkan ‘gelombang biru’ mendapat sambutan yang sangat meriah, terutamanya dalam kalangan pengundi muda.
Menurut beliau, keunikan PRN Johor kali ini turut disumbangkan oleh plot twist politik apabila parti PAS menyeru penyokong mereka untuk memberikan sokongan kepada calon BN di kawasan yang tidak ditandingi oleh PAS. Beliau menyifatkan perkara ini sebagai bukti bahawa semangat muafakat nasional kini semakin membuahkan hasil.
Selain itu, beliau mendedahkan bahawa wujud peralihan sokongan (mood swing) yang ketara dalam kalangan pengundi kaum Cina yang kini lebih cenderung kepada BN akibat rasa kecewa dengan janji-janji manifesto pilihan raya lalu yang gagal ditepati. Beliau turut menggesa jentera parti, khususnya ketua-ketua bahagian yang tidak dicalonkan, untuk mengetepikan isu peribadi atau isu agihan dana dan terus fokus bekerja demi kemenangan parti.
#PRNJohor2026 #GelombangBiru #PolitikMalaysia #BeritaAAC #SembangKopi
