
PONTIAN, 7 Julai 2026 – Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang kini memasuki fasa akhir menunjukkan petanda positif buat Barisan Nasional (BN) apabila peratusan keluar mengundi bagi pengundi luar dilaporkan mencecah 88.6% setakat hari ke-10 tempoh berkempen.
Ketua Penerangan UMNO Cawangan Presint Jasa, Dr. Azam Rauzan menyifatkan momentum ini sebagai isyarat sokongan padu rakyat Johor terhadap kestabilan yang ditawarkan oleh BN. Menurutnya, berbanding parti lawan yang membawa naratif agresif dan provokasi, BN memilih pendekatan yang lebih tenang, matang, dan mesra rakyat.
”Bangsa Johor bukan jenis yang boleh dibakar dengan api provokasi atau bahasa yang tidak elok. Mereka adalah bangsa yang matang dan menilai personaliti pemimpin yang slow, senyum, dan sentiasa menyantuni rakyat seperti Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz,” katanya.
Mengulas mengenai saingan di DUN Pulai Sebatang, beliau optimis calon BN, Puan Hazaz, mampu mempertahankan kerusi tersebut dengan majoriti yang lebih besar, melebihi 10,000 undi hasil daripada kerja keras jentera yang fokus dan komited tanpa terlalu banyak gimik politik di media sosial.
Beliau juga menambah bahawa terdapat peralihan sokongan atau mood swing yang ketara dalam kalangan komuniti Cina yang kini dilihat mula beralih kepada ‘Gelombang Biru’. Perkara ini terbukti melalui kehadiran luar biasa masyarakat Tionghua dan India dalam program-program santai yang dihadiri pimpinan tertinggi BN di kawasan majoriti bukan Melayu sebelum ini.
#PRNJohor2022 #GelombangBiru #BangsaJohorMatang #BeritaAAC #PolitikJohor
