
KUALA LUMPUR, 13 Julai 2026 – Aktivis Sosial, Dato’ Dr. Kalaivanar daripada Sekretariat Bahana Kesetiaan Negara, hari ini mendesak Ahli Parlimen DAP, Ng Kor Ming, untuk meletakkan jawatan serta-merta ekoran kemenangan besar Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Dalam satu sidang media yang diadakan pada jam 4.00 petang tadi, Dato’ Dr. Kalaivanar menegaskan bahawa desakan itu dibuat susulan kenyataan terbuka yang pernah dikeluarkan oleh Kor Ming sebelum ini, yang berjanji akan meletak jawatan sekiranya Barisan Nasional memenangi pilihan raya tersebut.
Beliau menyifatkan kemenangan BN di Johor sebagai satu “tamparan hebat” kepada parti pembangkang, khususnya PKR dan DAP. Mengulas lanjut mengenai keputusan PRN itu, beliau menyatakan bahawa PKR hanya berjaya memenangi satu kerusi melalui calonnya, Saudara Mizan, manakala DAP memenangi lapan kerusi dan Amanah pula sekadar memperoleh satu kerusi.
Dato’ Dr. Kalaivanar turut menzahirkan rasa kesal terhadap tindakan pemimpin DAP itu yang didakwa cuba mengelak apabila diajukan soalan oleh pihak pengamal media mengenai janji tersebut, dengan alasan mahu memberikan fokus kepada perkara lain.
”Jangan percaya sama DAP. Hari ini cakap satu, besok cakap satu. Hari ini dia cakap kalau menang, dia akan letak jawatan. Sekarang letak jawatanlah, jadi gentleman,” ujar beliau. Beliau turut mempersoalkan sama ada Kor Ming enggan berundur disebabkan penglibatannya dalam pelbagai projek besar, termasuk pembukaan banyak kios serta projek perumahan di bawah program PR1MA.
Dalam sidang media yang sama, beliau turut memberi amaran keras kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengenai masa depan Pakatan Harapan (PH) sekiranya masih mengekalkan pemimpin seperti Ng Kor Ming dan Anthony Loke. Menurutnya, kegagalan mengambil tindakan tegas boleh menyebabkan Pakatan Harapan berubah menjadi “Pakatan Haprak.”
Beliau turut menyentuh klip video tular melibatkan Perdana Menteri yang menyentuh mengenai isu “klinik uzur” dan secara berseloroh mendesak Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa (Zul), untuk turut meletakkan jawatan susulan teguran terbuka daripada ketua kerajaan itu sendiri.
#PRNJohor #NgKorMing #DatoDrKalaivanar #TuntutJanji #BeritaAAC
