
SEREMBAN , 18 Julai 2026– Parti Progresif Penduduk (PPP) bersedia untuk menggerakkan jentera parti bagi membantu Barisan Nasional (BN) dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri ke-16 (PRN16) di Negeri Sembilan.
Perkara itu dimaklumkan selepas selesainya Majlis Tertinggi Ketujuh yang diadakan di Negeri Sembilan. Mesyuarat tersebut telah membincangkan secara terperinci mengenai persediaan dan gerak kerja jentera PPP dalam mendepani pilihan raya tersebut.
PPP telah diminta oleh Timbalan Pengerusi Barisan Nasional Malaysia serta Pengerusi Barisan Nasional Negeri Sembilan untuk memfokuskan gerak kerja dan membantu BN di 13 kawasan tumpuan utama. Kawasan-kawasan tersebut dikenal pasti sebagai kawasan strategik yang mana pengundi daripada kaum India bakal menjadi penentu kepada kemenangan calon.
Bagi memastikan kemenangan BN di kawasan-kawasan tersebut, PPP akan mengerakkan pasukan Jentera Rakyat (JR) dan pasukan edaran handbill (risalah) secara menyeluruh. Jentera ini ditugaskan untuk turun ke padang, mengenal pasti pengundi, mendengar serta menguruskan segala isu atau masalah yang dihadapi oleh pengundi secara berhemah.
Langkah ini diharapkan dapat memberikan sokongan padu dan tambahan undi yang diperlukan oleh Barisan Nasional untuk mencapai kemenangan dalam PRN Negeri Sembilan kali ini.
#PRN16 #NegeriSembilan #BarisanNasional #PolitikMalaysia #BeritaAAC
