
SHAH ALAM– Ketua UMNO Bahagian Subang, Dato’ Dr. Armand Azha Abu Hanifah menegaskan bahawa sebarang keputusan untuk menggugurkan jawatan Menteri atau Timbalan Menteri adalah di bawah bidang kuasa penuh Perdana Menteri.
Menurut beliau, isu berkaitan rombakan atau penggalangan jawatan dalam Kabinet merupakan budi bicara serta kuasa mutlak yang dimiliki oleh Perdana Menteri semata-mata, dan bukannya keputusan parti seperti UMNO atau Barisan Nasional (BN).
”Bagi saya, lantikan (atau pengguguran) Menteri dan Timbalan Menteri itu adalah bidang kuasa Perdana Menteri. Kalau Perdana Menteri merasakan ada Menteri atau Timbalan Menteri yang perlu digugurkan jawatan, itu atas budi bicara dan kuasa YAB Perdana Menteri,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas desas-desus berkenaan desakan mahupun khabar angin pengguguran beberapa jawatan dalam pentadbiran kerajaan.
Tambah Armand lagi, sebarang langkah pengguguran atau perombakan jawatan perlulah dihormati sebagai hak Perdana Menteri dalam memastikan pentadbiran negara berjalan dengan berkesan.
”Ia bukan kuasa kepada Menteri, Timbalan Menteri, mahupun keputusan daripada pihak UMNO dan Barisan Nasional,” tegas beliau.
#BeritaAAC #ArmandAzha #RombakanKabinet #UMNO #PolitikMalaysia
