
KUALA LUMPUR , 28 Mei 2026 – Pentas politik PKR kini dilihat sedang mengalami dinamika dalaman yang menarik apabila Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dilabel sebagai ‘Blue-Eyed Boy’ (anak emas) kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketua UMNO Bahagian Batu, Datuk Gulam Muszaffar mendakwa, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) itu kini dilihat menerima lebih banyak keistimewaan berbanding “darah daging” atau barisan kepimpinan utama PKR sendiri.
Malah, beliau secara berseloroh mempersoalkan ‘kehilangan’ Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli yang disifatkannya seperti sedang bekerja dari rumah (work from home).
”Saya suka panggil Zafrul ini ‘Blue-Eyed Boy’ PMX. Kalau kita tengok, dia lebih dapat keistimewaan daripada Timbalan Presiden PKR itu sendiri. Sementara Nurul Izzah pula masih lagi mencari-cari tempat,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.
Pertembungan Kerusi Lahad dan Isu ‘Work From Home’
Mengulas lanjut mengenai kedudukan politik Tengku Zafrul, Gulam mendedahkan bahawa bekas Menteri Kewangan itu sudah mempunyai kedudukan selesa untuk bertanding dalam pilihan raya akan datang, dengan sasaran sama ada di Parlimen Ampang atau Pandan.
”Dah ada dua tempat dah dia boleh ‘cop’, antara Ampang ataupun Pandan. Kononnya, dia adalah satu figura yang mungkin diletakkan untuk melawan Rafizi di Pandan.”
Dalam pada itu, Gulam turut melahirkan rasa terkejut dengan kelibat Rafizi Ramli yang dahulunya diwar-warkan sebagai calon Perdana Menteri masa depan untuk Pakatan Harapan (PH), namun kini seolah-olah ‘hilang dari radar’.
”Sama ada hilang daripada radar ataupun mungkin work from home, saya tak tahulah. Mungkin sebabkan polisi kerajaan hari ini, kita banyak kerja work from home. Sebab itu tidak nampak,” sindir beliau.
Perubahan Struktur PKR Cetus Tanda Tanya
Dakwaan itu diperkuatkan lagi dengan perubahan mengejut dalam struktur parti, di mana jawatan Pengarah Pilihan Raya PKR kini telah diserahkan kepada Datuk Seri Amirudin Shari dengan dibantu oleh Fuziah Salleh.
Menutup bicaranya, Gulam menyatakan situasi politik semasa ini sebagai satu persaingan proksi yang menarik untuk diperhatikan oleh rakyat.
”Kita tengoklah, ini antara ‘Blue-Eyed Boy’ PMX ataupun ‘Flesh and Blood’ (darah daging) PMX. Siapa pilihan ‘daddy’ itu, kita tunggu dan lihat,” katanya.
#TengkuZafrul #RafiziRamli #PolitikMalaysia #PMX #BeritaAAC