
PONTIAN – Jentera Barisan Nasional (BN) di DUN Rengit dan DUN Layang-Layang berada dalam keadaan yang cukup kukuh dan bersedia menghadapi pilihan raya, meskipun terdapat isu peralihan sokongan oleh bekas penyandang kerusi berkenaan sebelum ini.
Ahli Parlimen Pontian, Datuk Sri Dr. Ahmad Maslan menyatakan bahawa situasi di kedua-dua kawasan tersebut tidak menjejaskan moral jentera parti. Jelas beliau, kehadiran masyarakat tempatan di program-program ceramah dan Pusat Daerah Mengundi (PDM) amat menggalakkan.
Mengulas mengenai DUN Layang-Layang, Ahmad Maslan mendedahkan bahawa kawasan tersebut secara tradisinya merupakan kerusi yang diperuntukkan kepada parti komponen BN seperti MIC dan MCA, sebelum diwakili oleh UMNO. Oleh itu, pengundi Melayu di kawasan tersebut sudah terbiasa dengan kepelbajai parti di bawah payung Barisan Nasional dan tiada kekhawatiran yang timbul.
Beliau turut menekankan prinsip keadilan yang diamalkan dalam Barisan Nasional dalam pembahagian kerusi, di mana walaupun sesuatu kawasan itu mempunyai majoriti penduduk Melayu, kepentingan kaum lain tetap diambil kira demi keharmonian bersama.
Dalam pada itu, beliau menyeru rakyat Johor untuk terus memberikan mandat kepada kerajaan negeri sedia ada berdasarkan rekod prestasi ekonomi yang cemerlang. Johor kini merekodkan kadar pertumbuhan ekonomi sebanyak 8 peratus, iaitu yang tertinggi di Malaysia berbanding purata nasional sebanyak 5.2 peratus, selain menjadi destinasi pelaburan tertinggi di dalam negara.
Ahmad Maslan mengakhiri bual bicara dengan sebuah pantun khas:
“Bandar Pontian ada hikayat, kisah bersemi cerita bersama; kita berjuang demi rakyat, dulu, kini dan selama-lamanya.”
#AhmadMaslan #JohorBangkit #MajuJohor #PolitikMalaysia #BeritaAAC
