
KUALA LUMPUR, 26 Julai 2026 – Barisan Nasional (BN) optimis dan yakin mampu mendapat mandat bagi membentuk Kerajaan Negeri di Negeri Sembilan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Malaysia merangkap Ketua UMNO Bahagian Seputeh, Datuk Mohd Razlan Rafii menyatakan keyakinan tersebut sambil berharap BN sekurang-kurangnya berjaya meraih majoriti mudah (simple majority).
”Di Negeri Sembilan, kita yakin kita dapat menubuhkan kerajaan, insya-Allah. Kita bukanlah mahu mendabik dada atau sebaliknya, cuma kita mendoakan dan berharap kita dapat menubuhkan kerajaan.
”Majoriti mudah pun insya-Allah, alhamdulillah. Kita doakan kejayaan Barisan Nasional,” katanya ketika ditemui dalam satu wawancara khas baru-baru ini.
Keyakinan itu menyuarakan harapan serta fokus utama parti dalam memastikan kestabilan politik dan pentadbiran di negeri berkenaan demi kesejahteraan rakyat.
#BeritaAAC #BarisanNasional #PRNNismilan #NegeriSembilan #UMNO
