Day: August 10, 2026

KLANG, 10 Ogos 2026 — Aktivis Sosial merangkap Sekretariat Bahana Kesetiaan Negara, Dato’ Dr. Kalaivanar, menggesa pihak Petronas Gas Berhad dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk segera menyelesaikan isu pemasangan pengadang jalan di Jalan Sellathevan, Kampung Jawa, yang didakwa menjejaskan laluan penduduk setempat.

​Menurut Dato’ Dr. Kalaivanar, tindakan memasang pengadang setinggi 2.1 meter di laluan masuk utama tersebut telah menyukarkan kenderaan penduduk, khususnya pengusaha lori bersaiz tiga tan yang menggantungkan rezeki melalui perkhidmatan pengangkutan.

​”Penduduk di sini bukan penceroboh tanah haram, mereka adalah pembayar cukai dan pemilik tanah berstatus geran kekal yang telah menetap lebih puluhan tahun. Paip gas berkenaan pula telah dipasang lebih 40 tahun lalu tanpa sebarang masalah sebelum ini. Mengapa isu ini baru dibangkitkan sekarang?” tegas beliau dalam satu sidang media di lokasi berkenaan.

​Tambah beliau lagi, sekatan tersebut turut mengundang risiko keselamatan yang tinggi sekiranya berlaku sebarang kecemasan seperti kebakaran atau bantuan perubatan.

​”Sekiranya berlaku kebakaran atau kecemasan, bagaimana ambulans dan jentera bomba mahu lalu? Pengadang 2.1 meter ini bukan sahaja menghalang laluan ekonomi penduduk, malah membahayakan keselamatan lima keluarga yang tinggal di kawasan ini,” katanya.

​Beliau turut meluahkan rasa terkilan dengan sikap wakil rakyat tempatan, termasuk ADUN Sentosa dan Ahli Parlimen Kota Raja, yang didakwa tidak memberikan sebarang maklum balas atau tindakan susulan meskipun aduan rasmi telah dikemukakan oleh penduduk sejak 31 Julai lalu.

​Antara penyelesaian alternatif yang dicadangkan oleh pihak aktivis dan penduduk adalah:

Meningkatkan ketinggian pengadang kepada sekurang-kurangnya 3.5 meter bagi membolehkan lori bersaiz kecil (bawah had berat 10 tan) lalu lalang.

Membuka laluan rizab alternatif di sebelah kiri atau kanan jalan yang diselenggara bersama oleh pihak PBT dan Petronas Gas Berhad.

Penyerahan kunci palang/pengadang kepada penduduk tempatan dengan pemantauan kamera litar tertutup (CCTV) bagi memastikan tiada pencerobohan kenderaan berat luar.

​Sehubungan itu, pihak aktivis mengesahkan satu laporan polis telah dibuat dan surat rasmi akan diserahkan kepada pihak PBT serta ibu pejabat Petronas Gas Berhad bagi mendapatkan jalan penyelesaian yang saksama.

#BeritaAAC #KeadilanPenduduk #KampungJawa #DatoDrKalaivanar #IsuMasyarakat

Lebih 40 Tahun Tiada Masalah, Mengapa Baru Sekarang Petronas Gas Pasang Pengadang Jalan?, Dato’ Dr. Kalaivanar Selar Wakil Rakyat

GOMBAK, 8 Ogos 2026 — Kerjasama antara UMNO dan PAS di Selangor berada dalam keadaan kukuh dan tidak menghadapi sebarang masalah biarpun tanpa perbincangan khusus di peringkat negeri.

​Ketua UMNO Bahagian Gombak, Datuk Wira Megat Zulkarnain Tan Sri Omardin berkata, gerakan kerjasama tersebut telah pun dimulakan selari dengan perkembangan politik di Negeri Sembilan, di mana pimpinan UMNO dan PAS Selangor telah mengadakan pertemuan pusingan awal.

​”Kita tiada pusingan perbincangan khusus, tetapi kerjasama telah kita mulakan. Berdasarkan perkembangan di Negeri Sembilan, kita telah menggerakkan ketua-ketua bahagian UMNO seluruh Selangor serta ketua-ketua PAS kawasan untuk mengadakan pertemuan,” katanya.

​Menurut beliau, Hubungan di antara kedua-dua parti di Selangor sudah lama terjalin mesra, malah sebelum pelancaran Muafakat Nasional lagi. Sehubungan itu, timbul isu tidak selesa atau kekok untuk bekerjasama.

​”Hubungan itu telah lama terjalin. Saya percaya apa jua keputusan politik yang akan diambil oleh pucuk pimpinan selepas ini, di peringkat negeri kita sudah sedia untuk melaksanakannya,” tambah beliau.

#BeritaAAC #UMNO’Selangor #MuafakatNasional #PolitikMalaysia #MegatZulkarnain

GOMBAK , 8 Ogos 2026 – UMNO Bahagian Gombak digesa untuk terus mengukuhkan perpaduan dalaman serta mempergiat usaha menyantuni ahli dan pengundi di peringkat akar umbi bagi memastikan sokongan kepada Barisan Nasional (BN) dapat dikembalikan.

​Ketua UMNO Bahagian Gombak, Datuk Wira Megat Zulkarnain Tan Sri Omardin menegaskan bahawa walaupun perpaduan di peringkat kepimpinan dan ahli secara fizikalnya tidak mempunyai sebarang masalah, eratan hubungan itu perlu sentiasa dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

​”Pertama sekali, kesatuan dalam kalangan ahli perlu dieratkan. Walaupun secara fizikalnya tiada masalah di peringkat kepimpinan mahupun akar umbi, ia tetap perlu dieratkan lagi.

​”Perkara kedua yang paling penting ialah menjadikan usaha menyantuni ahli-ahli yang tegar sebagai keutamaan. Bukan sahaja ahli, malah keluarga mereka juga penting untuk kita santuni,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Gombak, di sini.

​Mengulas lanjut mengenai peta politik di Parlimen Gombak yang kini mempunyai lebih 240,000 pengundi, Megat Zulkarnain mendapati terdapat cabaran di kawasan penempatan berpagar (gated area) yang sukar ditembusi.

​Justeru, beliau menekankan pentingnya untuk fokus kepada pengundi di kawasan kampung-kampung tradisi yang dianggap sebagai ‘deposit tetap’ (fixed deposit) buat UMNO dan BN.

​”Kawasan kampung tradisi ini terdiri daripada pengundi-pengundi tegar Barisan Nasional. Jika kita terus menyantuni mereka secara berterusan, tidak mustahil sokongan akan kembali secara penuh kepada Barisan Nasional di Parlimen Gombak,” tambah beliau lagi.

#BeritaAAC #UMNO #Gombak #MegatZulkarnain #BarisanNasional