
KLAWANG : Calon Perikatan Nasional (PN) Nombor 2 bagi DUN N.04 Klawang, Danni Rais, menegaskan komitmen beliau untuk terus membela nasib masyarakat setempat menerusi pendekatan mesra rakyat dan berfokuskan pembangunan ekonomi.
Beliau berkata demikian ketika berkunjung ke Kampung Ulu Keting, Jelebu bagi menyantuni masyarakat Orang Asli di kawasan berkenaan. Suasana mesra dan santai menyelubungi pertemuan itu apabila beliau turut dijemput oleh Tok Batin Ading serta dimurahkan rezeki menikmati juadah durian bersama penduduk setempat.
”Ini bukan kali pertama kita masuk ke kampung ini. Hubungan kita dengan mereka sudah lama terjalin mesra, saling menghormati adat dan cara hidup mereka sebagai kawan lama. Insya-Allah, persahabatan ini akan terus dikekalkan,” katanya.
Di samping itu, suasana gamat seketika apabila beliau sempat berseloroh mengenai usikan penduduk tempatan yang menyentuh status dirinya yang masih bujang.
Fokus Kebajikan Penjual, Anak Muda & Pembangunan
Mengulas mengenai perancangannya sekiranya dipilih menjadi Wakil Rakyat (YB), Danni menjelaskan fokus utamanya adalah memperkasakan pembangunan fasiliti serta menyelesaikan isu-isu tempatan.
Beliau yang sempat melawat pasar tempatan sebelum itu turut mendengar pelbagai keluhan daripada para penjual mengenai isu kehadiran pelanggan serta peluang penambahan pendapatan.
Selain itu, isu penghijrahan golongan muda ke luar daerah turut menjadi perhatian utamanya:
Peluang Pekerjaan: Mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan di kawasan Klawang bagi menahan gelombang anak muda daripada terus keluar mencari rezeki di luar.
Aktiviti Belia: Menyediakan platform aktiviti sosial dan kemasyarakatan yang lebih aktif bagi golongan muda.
Isu Setempat: Membantu menyelesaikan isu undang-undang dan fasiliti perumahan seperti yang dibangkitkan oleh penduduk di beberapa kawasan kejiranan.
Mengakhiri ruang temubual, Danni yang mewakili Perikatan Nasional bagi DUN N.04 Klawang menyeru para pengundi untuk memberikan sokongan kepada calon nombor 02 pada hari pemungutan suara nanti.
#DUNKlawang #DanniRais #PRNNegeriSembilan #Jelebu #BeritaAAC
