
KUALA LUMPUR , 26 Julai 2026 — Keikhlasan Pakatan Harapan (PH) dalam menjalin kerjasama politik dengan Barisan Nasional (BN) kini dipersoalkan oleh pimpinan UMNO peringkat bahagian.
Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Ahmad Faisal Abdul Karim (Datuk Tom) menganggap ketegangan atau rasa tidak puas hati yang timbul dalam kalangan pemimpin UMNO terhadap PH adalah wajar dan berasas.
Mengulas mengenai rasa geram yang disuarakan oleh rakan seperjuangannya, Datuk Roslan, beliau menegaskan bahawa sebuah ikatan kerjasama atau persahabatan politik seharusnya dibina atas dasar keikhlasan yang tulen.
”Memang patut geramlah, sebab kita rasa ‘kawan’ itu tidak ikhlas dan ada yang menimbulkan tanda soal,” katanya ketika ditemui.
Menurut beliau, prinsip persahabatan yang sejati perlu dipertahankan sekiranya mahu sesuatu kerjasama itu kekal untuk jangka masa panjang.
”Kata orang, kalau nak berkawan kita kena kawan secara ikhlas… kawan betul-betul. Barulah persahabatan itu akan kekal. Kesetiaan dalam kawan itu sangat penting,” tegasnya.
Ulasan tersebut memberi gambaran bahawasanya masih terdapat riak-riak ketidakpuasanjatian di peringkat akar umbi berhubung dinamik hubungan dan kesetiaan antara parti dalam Kerajaan Perpaduan hari ini.
#BeritaAAC #UMNO #KerajaanPerpaduan #PolitikMalaysia #PakatanHarapan
