
ISKANDAR PUTERI – Ahli politik dan ahli parti diingatkan supaya tidak membuka pekong atau menjatuhkan maruah sesama sendiri di khalayak umum demi memburu jawatan atau kedudukan menjelang musim pilihan raya.
Ketua Penerangan UMNO Cawangan Presint Jasa (UMNO Bahagian Iskandar Puteri), Dr. Azam Rauzan menegaskan bahawa perjuangan dalam kancah politik bukanlah satu harta warisan yang boleh dituntut sesuka hati oleh mana-mana pihak.
”Jangan cuci punggung di khalayak ramai. Perjuangan politik bukan warisan macam kencing manis dan darah tinggi. Yang akan jadi, akan jadi YB (Yang Berhormat). Percaya takdir Allah!” katanya dalam satu kenyataan media yang dikongsi hari ini.
Mengulas lanjut mengenai perjalanan politiknya sendiri, Dr. Azam menzahirkan rasa syukur atas rezeki dan kedudukan yang dikurniakan kepadanya, dan kini fokus utamanya adalah untuk memastikan kemenangan berpihak kepada Barisan Nasional (BN).
”Saya dah jadi (pemimpin), Alhamdulillah. Waktu untuk saya bantu calon BN menang. Kepada Allah kita berserah,” ujarnya lagi.
Pertahan Kepimpinan Ahmad Zahid
Dalam kenyataan yang sama, beliau turut menzahirkan ucapan tahniah dan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Presiden UMNO, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang disifatkannya sebagai seorang pemimpin yang tenang dan istiqamah dalam menggalas amanah parti.
Beliau menyifatkan segala cabaran dan dugaan yang menimpa kepimpinan tertinggi parti itu sebagai satu ujian dalam memperkukuhkan keimanan dan tahap kesabaran.
”Derita hanya menguji sejauh mana tinggi sabar mu, setulus mana kesungguhan doa mu dan sedalam mana keyakinan pada tawakkal mu, Dato’ Presiden. Percayalah pada takdir Allah. Kepada Allah kami berserah, undilah calon BN,” tambahnya.
Kenyataan tegas dan padu daripada pemimpin akar umbi Johor ini dijangka bakal memberikan impak besar dalam menaikkan semangat jentera parti di peringkat bawah menjelang pilihan raya akan datang.
#PolitikMalaysia #UMNOJohor #BarisanNasional #IskandarPuteri #BeritaAAC
