
LABU, 23 Julai 2026 – Penyatuandandua parti utama demi kebaikan umat Islam dan negara disifatkan sebagai langkah terbaik dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.
Pengerusi Surau Al-Mustaqim Taman Gadong Jaya, Labu, Hj Mohamad Noor Fadhil berkata, kerjasama dan kemantapan pemikiran para pemimpin di peringkat atasan dalam menyatukan ikatan ukhwah Islam menjadi kunci utama untuk memastikan kemenangan calon-calon yang bertanding.
”Alhamdulillah, hasil usaha bersama di peringkat atasan, ikatan ukhwah Islam telah digabungkan untuk memenangkan calon-calon yang ditampilkan. Kemenangan ini amat diharapkan demi kebaikan kaum Melayu, agama Islam, dan negara secara keseluruhannya,” katanya ketika ditemui.
Menurut beliau, fokus utama pengundi ketika ini perlulah terarah kepada kebaikan dan kemaslahatan bersama, tanpa mengedepankan prasangka atau kebencian peribadi.
”Kita melihat kebaikan yang ada untuk negara dan kita ambil kebaikan tersebut. Gabungan ini dibentuk demi kebaikan bersama, dan kita berharap para pengundi khususnya di DUN Labu dapat memberi sokongan penuh kepada calon kita, Puan Humairah, serta calon-calon lain di seluruh Negeri Sembilan,” tambahnya.
Beliau turut menyerukan agar ahli dan penyokong memberikan sokongan padu secara menyeluruh demi memastikan kemenangan semua calon yang direstui.
”Sekiranya tiada calon daripada parti tertentu, undilah calon gabungan yang ada. Matlamat utama kita adalah untuk memenangkan semua calon demi kebaikan Negeri Sembilan dan Malaysia secara keseluruhannya,” tegas beliau sebelum mengakhiri ucapan dengan laungan takbir.
#PRNNegeriSembilan #DUNLabu #BeritaAAC #UkhwahIslamiah #PolitikMalaysia
