
KAMPUNG TOHOR, 24 Julai 2026 — Masyarakat Orang Asli di Dewan Undangan Negeri (DUN) Chennah menyeru seluruh pengundi kawasan berkenaan untuk memberikan sokongan padu kepada calon anak tempatan yang bertanding mewakili Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA) Kampung Kebun Duson Kubu, Encik Aru menegaskan bahawa kepimpinan calon berkenaan yang juga anak tempatan sudah tidak asing lagi dalam kalangan penduduk setempat.
”Kami di sini telah lama mengenali beliau. Melalui beberapa siri pilihan raya terdahulu, kita yakin beliau boleh bekerjasama dengan baik demi kebajikan masyarakat Orang Asli (MOA) di kawasan ini,” katanya ketika ditemui dalam satu program bersama wartawan di Kampung Tohoh, hari ini.
Menurut Encik Aru DUN Chennah merangkumi lima perkampungan utama Orang Asli iaitu Kampung Tohoh, Kampung Bertam, Kampung Jeram Lesong, Kampung Dusun Kubu, dan Kampung Asab Atang, dengan anggaran seramai 748 pengundi berdaftar.
Sehubungan itu, beliau mengingatkan seluruh komuniti Orang Asli agar menggunakan hak memilih untuk menyokong kepimpinan yang berupaya membawa perubahan serta perkhidmatan terbaik untuk kawasan DUN Chennah.
Sementara itu, Penganalisis Politik, Dr. Mohamad Azam, menyifatkan sokongan komuniti Orang Asli di Negeri Sembilan sebagai cerminan aspirasi rakyat yang mahukan kestabilan pentadbiran, selari dengan ‘gelombang biru’ yang kian mekar di beberapa negeri lain.
Program tersebut turut menanti kehadiran Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, bagi merasmikan acara bersama komuniti setempat.
#PRNNegeriSembilan #DUNChennah #OrangAsli #BeritaAAC #GelombangBiru
