
KAMPUNG TOHOR, 24 Julai 2026 — Sokongan komuniti Orang Asli terhadap Barisan Nasional (BN) dilihat semakin padu dan bersedia menyumbang kepada lonjakan kemenangan parti itu menjelang hari pengundian tidak lama lagi.
Menerusi satu temubual program Podcast Sembang Kopi, Penganalisis Politik, Dr. Azam Rauzan berkongsi tinjauan hari ke-8 kempen beliau semasa melawat Kampung Tohor—salah satu daripada lima penempatan orang asli yang merangkumi kira-kira 248 pengundi berdaftar daripada keseluruhan 1,500 pengundi di kawasan PDM berkenaan.
Menurut beliau, suasana dan mood PRN di kalangan pengundi Orang Asli ketika ini memperlihatkan penerimaan yang sangat positif menerusi gelombang sokongan yang kian merebak.
“Mood pilihan raya di kalangan Orang Asli di Negeri Sembilan kini ‘membiru’. Gelombang biru ini dilihat bermula dari Sabah, Johor, merebak ke Negeri Sembilan, dan dijangka berterusan hingga ke Melaka,” katanya.
Cadangan Pegawai Khas Orang Asli
Mengulas mengenai kebajikan masyarakat itu, Dr. Azam memberitahu bahawa ucapan YBhg. Datuk Hamidi ada menyentuh cadangan berimpak tinggi buat komuniti berkenaan tanpa mengumumkan sebarang peruntukan khusus atas faktor etika musim pilihan raya.
Antara cadangan utama adalah menggesa bakal Menteri Besar merantik seorang Pegawai Khas di kalangan masyarakat Orang Asli sekiranya Barisan Nasional diberi mandat membentuk kerajaan. Model ini telah pun dilaksanakan di beberapa negeri lain seperti Perak dan Pahang.
“Ini membuktikan Barisan Nasional amat prihatin, gitus dan memahami tahap sosial serta pendidikan masyarakat Orang Asli. Saya yakin hampir 100 peratus masyarakat Orang Asli akan menyokong calon BN,” tambah beliau.
Pujian Kepada Calon MCA & Sasaran Kemenangan
Dalam pada itu, Dr. Azam turut menyentuh pertemuannya dengan calon tempatan, John Chau, dan memuji kebolehan calon-calon MCA yang fasih berbahasa Melayu. Beliau mengaitkan kualiti tersebut dengan kepimpinan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong, yang dilihat berupaya mendekati masyarakat pelbagai kaum dengan baik.
Mengakhiri temubual, beliau menzahirkan keyakinan bahawa gabungan kepimpinan BN mampu melepasi sasaran majoriti kerusi dan mencipta kejutan menjelang hari pembuangan undi.
#PRN2026 #BarisanNasional #OrangAsli #BeritaAAC #SembangKopi
