
Kampung KOHOR, 24 Julai 2026 — Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi meyakinkan bahawa sokongan BN terhadap kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal utuh sehingga ke akhir penggal.
Sambil menepis dakwaan bahawa hubungan tersebut bergantung kepada keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN), Ahmad Zahid menegaskan komitmen itu berasaskan perjanjian dan resolusi yang telah dicapai bersama.
”Berdasarkan perjanjian dan resolusi kami, kami menyokong kerajaan sedia ada di Putrajaya sehingga akhir penggal. Itu adalah sangat pasti,” katanya ketika ditemui media.
Mengulas mengenai kerjasama PN-BN atau persefahaman politik di peringkat negeri seperti Negeri Sembilan dan Melaka, beliau menjelaskan bahawa keserasian perlu diwujudkan secara organik dan keikhlasan adalah kunci utama.
Menurutnya, walaupun terdapat beberapa isu atau ‘titik bengit’ yang perlu diselesaikan, pihak bertagungjawab diberikan peluang untuk menyelesaikannya dengan segera sebelum tempoh kempen atau hari mengundi.
”Banyak perkara yang boleh dipercepatkan dan kerja-kerja kebersamaan perlu diwujudkan. Pengalaman lalu tentu mengajar kita untuk melakukan yang lebih baik,” ujarnya.
Apabila ditanya mengenai sindiran sesetengah pihak yang mendakwa hubungan politik tersebut bakal ‘karam’, Ahmad Zahid secara santai menjawab: “Kita tengoklah siapa yang karam, siapa yang akan timbul.”
#AhmadZahid #PolitikMalaysia #KerajaanPerpaduan #BarisanNasional #BeritaAAC
