
LINGGI, 25 Julai 2026 — Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N32 Linggi, Datuk Faizal Ramli, memohon agar para pengundi di kawasan berkenaan terus memberikan mandat kepada beliau untuk menggalas tanggungjawab pada penggal akan datang.
Menurut bekas penyandang kerusi DUN Linggi itu, tempoh perkhidmatannya selama dua tahun lapan bulan sebelum ini agak singkat untuk beliau memberikan khidmat yang terbaik secara menyeluruh kepada segenap lapisan masyarakat di situ.
”Selama dua tahun lapan bulan ini, ia bukanlah satu masa yang mencukupi untuk saya memberikan khidmat yang terbaik kepada semua pengundi di kawasan Linggi ini. Insya-Allah, jika diberi kepercayaan sekali lagi, saya akan buat yang lebih baik,” katanya ketika ditemui dalam satu sesi temubual bersama Dr. Azam Rauzan.
Menyentuh mengenai persaingan tiga penjuru yang berlaku di DUN Linggi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini, Faizal menegaskan beliau bersiap sedia dan bersikap terbuka untuk berdepan dengan mana-mana calon.
Jelas beliau, Malaysia merupakan sebuah negara demokrasi yang memberi ruang dan kebebasan kepada mana-mana pihak untuk bertanding di kawasan pilihan mereka.
”Saya secara terbuka dan berlapang dada akan menentang sesiapa sahaja. Sebagai penyandang, saya akan memastikan Barisan Nasional kekal menang di Linggi. Kita bersaing secara sihat dan saya yakin sesiapa yang terpilih kelak akan berkhidmat yang terbaik untuk masyarakat,” tambah beliau lagi.
Dr. Azam turut menambah bahawa kuasa menentukan kepimpinan kawasan tersebut terletak sepenuhnya di tangan rakyat yang akan menentukan masa depan DUN N32 Linggi.
#BeritaAAC #PRNNismilan #DUNLinggi #BarisanNasional
