
JERAM PADANG , 31 Julai 2026– Menginjak ke hari-hari terakhir kempen Pilihan Raya Negeri (PRN), sokongan terhadap Barisan Nasional (BN) dilihat semakin mengukuh di seluruh kawasan Negeri Sembilan, khususnya melibatkan keluhan dan keperluan masyarakat akar umbi.
Presiden Partii Makkal Sakhti Malaysia, Datuk Seri R.S. Thanenthiran menyatakan keyakinan beliau bahawa BN berkeupayaan penuh untuk mengembalikan momentum pembangunan yang tergendala di negeri tersebut. Menurut beliau, tinjauan di peringkat kawasan menunjukkan penerimaan positif rakyat yang dahagakan kemajuan berterusan.
”Daripada senario yang saya lihat di seluruh kawasan Negeri Sembilan, kita nampak keyakinan rakyat kembali kukuh. Hanya Barisan Nasional yang dapat membela nasib dan menyambung semula agenda pembangunan serta kemajuan rakyat yang tergendala sebelum ini,” katanya ketika ditemui.
Sementara itu, suara akar umbi masyarakat Orang Asli turut menuntut perhatian serius daripada calon yang bakal dimandatkan. Wakil masyarakat Orang Asli dari Kampung Sungai Kelebang, DUN Jeram Padang, meluahkan rasa belisah berhubung beberapa isu kritikal yang masih belum menemui titik noktah.
Antara masalah utama yang diutarakan termasuklah kekurangan peruntukan bagi pembinaan dan baik pulih rumah, gangguan bekalan air bersih, isu jalan raya, serta ancaman pencerobohan isu tanah yang kian berleluasa di kawasan mereka.
”Kami amat berharap agar calon BN, Datuk Mohd Zaidy Abdul Bar, dapat menyelesaikan isu perumahan, air dan terutamanya isu tanah ini dengan cepat. Sejak kebelakangan ini, isu tanah makin berleluasa dalam kalangan masyarakat Orang Asli di Kampung Sungai Kelebang,” jelas wakil berkenaan.
Mengulas lanjut, Thanenthiran menyeru para pengundi untuk menterjemahkan sokongan tersebut di kertas undi bagi memastikan jajaran pentadbiran negeri selari dengan Kerajaan Persekutuan demi kesejahteraan rakyat.
#PRNNegeriSembilan #BeritaAAC #OrangAsli #JeramPadang #GelombangBiruBN #BarisanNasional #PerikatanNasional
